Sukan Hari Ini

Woods Tamat Kemarau 11 Tahun

Tiger Woods melengkapkan kebangkitan epik daripada isu kecederaan dan skandal yang menjejaskan kerjayanya dengan menjulang edisi ke-83 Masters awal pagi, tadi sekali gus gelaran major ke-15 dengan aksi cemerlang pada lima lubang terakhir.

Bintang handalan Amerika Syarikat berusia 43 tahun itu yang mengakhiri kemarau kejuaraan major selama 11 tahun, menjalani pembedahan tulang belakang pada 2017 susulan kesakitan belakang yang kronik, menjulang kejuaraan major pertamanya sejak Terbuka AS 2008.

“Saya terlalu teruja dengan apa yang berlaku sebelum ini,” kata Woods.

“Saya tidak boleh berjalan. Tidak boleh tidur. Tidak boleh lakukan apa-apa.

“Memiliki peluang untuk bangkit semula, yang pastinya ia salah satu kemenangan terbesar pernah saya miliki.”

Menjulang Masters kelima, dan yang pertama selepas 2005, mengesahkan kepulangan ke kemuncak kejayaan buat Woods, yang kariernya terjejas teruk akibat skandal seks pada 2009 serta kecederaan lutut dan belakang yang memerlukan tujuh pembedahan.

“Saya gembira dapat bermain kembali.”

Ketika peminat melaungkan namanya, Woods yang sungguh beremosi meninggalkan green ke-18 dan memeluk ibunya Kultida, anak perempuannya Sam dan anak lelakinya Charlie sama seperti dia mendakap mendiang bapanya Earl selepas kejuaraan major pertamanya di Masters 1997 lapor HMetro.

“Kitarannya sudah sempurna,” kata Woods.

“Kejohanan ini sungguh bermakna buat saya dan dengan semua orang yang berada di sini, ia sungguh bermakna buat saya dan keluarga.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");