Perak Hari Ini

Digital Perak Terap Budaya Digital Dalam Aspek Kehidupan Rakyat

IPOH: Knowledge Perak yang dahulunya dikenali sebagai K-Perak telah dijenamakan semula menjadi Digital Perak Corporation Holdings atau DigitalPerak bermula hari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata penjenamaan semula ini bertujuan untuk memastikan kita mampu bersaing untuk memenangi hati konsumer atau pengguna di pasaran global dalam gelombang Revolusi Industri Keempat (IR 4.0) yang menyaksikan penggunaan aspek Internet Of Things (IoT) diaplikasikan dalam semua aspek kehidupan.

“Sebagai sebuah negeri yang mempunyai kepadatan sehingga 2.8 juta penduduk, kita sama sekali tidak rela untuk ketinggalan dalam persaingan teknologi ini.

“Sekiranya cabaran teknologi baharu yang kompleks itu tidak diberi penekanan sewajarnya, ia boleh menyebabkan negeri ini malah Malaysia amnya tertinggal jauh di peringkat global dan merencatkan usaha untuk kembali menjadikan negara sebagai Harimau Asia terutamanya dari sudut ekonomi.

“Maka atas faktor itulah kerajaan negeri menetapkan hasrat untuk mencapai tahap pembudayaan digital dalam segenap aspek kehidupan rakyat negeri Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Digital Perak Corporation Holdings di Perak Techno Trade Centre (PTTC), Ipoh, hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain.

Ujar Ahmad Faizal lagi, usaha pembudayaan itu berteraskan kepada empat tonggak utama iaitu digitalisasi pentadbiran kerajaan melalui e-governance, ekonomi yang bertunjangkan Internet (digital economy), pembangunan bandar-bandar bestari (smart city) dan kehidupan sosial rakyat yang celik digital (digital literacy).

“Jadi di sinilah letaknya peranan dimainkan Digital Perak dan saya gembira untuk menyatakan di sini bahawa Pelan Digital Perak telah mula dibincangkan secara serius oleh pihak berkepentingan bagi memuktamadkan hala tuju dan langkah perlu diambil dalam mencapai matlamat tersebut.

“Selain itu usaha kerajaan untuk menerapkan pembudayaan digital ke dalam aspek kehidupan rakyat di negeri ini merupakan salah satu daripada cara untuk mendaya upayakan rakyat bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan dengan lebih baik,” katanya lagi.

Pada perkembangan sama, Ahmad Faizal turut berharap agar Digital Perak Corporation Holdings kembali melonjakkan kedudukannya dalam menjana kekayaan buat negeri dan rakyat.

“Saya juga amat mengalu alukan perkara ini dan negeri perak sentiasa terbuka dlm usaha kita untuk mempertingkatan perkhidmatan kepada rakyat disamping membuka lebih peluang kepada golongan belia untuk melihat bahawa bidang telekomunikasi dan multimedia boleh menjana pendapatan kepada mereka.

“Oleh itu dengan penjenamaan semula ini, diharapkan Digital Perak mampu memberi ruang untuk memudahkan penjanaan ekonomi negeri serta negara dalam bidang tersebut,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");