Perak Hari Ini

Edar Juadah Bersahur Untuk Gelandangan

IPOH: Bersempena dengan keberkatan Bulan Ramadan, Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) telah mengadakan aktiviti menyedia dan mengagihkan juadah bersahur untuk golongan gelandangan di sekitar Bandaraya Ipoh.

Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc, Anuar Zainal Abidin berkata tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu merupakan inisiatif yang dijalankan Kelab Sukan dan Rekreasi kakitangan MB Inc (Kelab CRESTERS).

Ujarnya menerusi aktiviti tersebut ia diharap dapat menyuntik semangat berkongsi dalam hidup bermasyarakat kepada para peserta.

“Apa yang kami lakukan ialah menyedia dan menyerahkan makanan-makanan yang telah disiapkan kakitangan kami.

“Kita sudah kenal pasti beberapa lokasi di Ipoh yang menjadi tempat tumpuan golongan gelandangan ini berada,” katanya.

Difahamkan seramai 50 peserta yang terlibat bagi menyerahkan beberapa pek makanan kepada golongan yang kurang bernasib baik tersebut.

Ia meliputi beberapa lokasi antaranya kawasan Taman Kanak-kanak, Pekan Lama dan di sekitar Pasar Besar Ipoh.

Selain itu jelas Anuar, program yang diberi nama ‘Singgah Sahur’ itu turut menyediakan beberapa juadah bersahur kepada anggota polis dan bomba yang sedang bertugas pada lewat malam dan awal pagi.

Antara kawasan yang turut terlibat ialah di sekitar Manjoi, Jelapang dan Meru Raya.

Pada masa sama, beliau tidak menolak kemungkinan CSR tersebut akan diperluaskan ke kawasan-kawasan luar bandar khususnya di daerah yang terdapat projek MB Inc.

“Kita akan merancang untuk turut melawat kawasan-kawasan lain yang ada projek MB Inc sebagai contoh di kawasan Pengkalan Hulu, Trong, dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pemberita pada program Singgah Sahur MB Inc di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Presiden Kelab CRESTERS, Muhammad Nor Hafizi Saiful Bahrin berkata, program CSR menyediakan juadah bersahur kepada golongan gelandangan itu merupakan penganjuran kali kedua.

Namun katanya penyediaan juadah yang sama kepada anggota keselamatan yang bertugas adalah julung kali diadakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");