Perak Hari Ini

Gejala Rasuah Melambatkan Pembangunan Negara – PM

IPOH: Amalan rasuah khususnya dalam kalangan penjawat awam dan anggota pentadbiran kerajaan akan memberi kesan buruk kepada semua pihak, tidak hanya kepada yang terlibat.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata gejala rasuah adalah jenayah yang amat buruk selain ia dianggap sebagai satu perbuatan yang berdosa dalam agama.

Justeru katanya, kerajaan masa kini giat menjalankan proses memerangi rasuah dalam pentadbiran kerajaan di semua peringkat.

“Rasuah bukan sahaja akan menidakkan kebolehan dan pembangunan negara malah ia akan melambatkan segala usaha ke arah itu.

“Ia akan menghalang daripada kita mencapai apa yang kita mahu tujukan dan akhirnya kita semua akan menjadi mangsa, termasuk mereka yang terlibat dengan rasuah.

“Ingatlah, jika hari ini ada pegawai kerajaan yang terlibat dengan rasuah, esok anak cucu kita akan turut menjadi mangsa akibat gejala itu,” katanya.

Selain itu ujar Mahathir, ada segelintir pihak masih menganggap pentadbiran lama yang mengamalkan jenayah rasuah adalah lebih baik berbanding kerajaan masa kini.

Jelasnya, mereka berpandangan demikian adalah kerana mereka merasakan lebih selesa menerima wang yang lebih walaupun sedar ianya datang daripada sumber yang haram.

Kata Perdana Menteri apabila pemimpin yang mengamalkan rasuah diangkat semula, pastinya layanan baik yang diterima semua pihak menerusi pentadbiran masa kini tidak dapat memperolehnya semula.

“Sebab itu kita mesti bersama-sama berkorban memerangi rasuah. Kerana rasuah akan menghalang kebaikan bagi diri kita.

“Jika kita bersih daripada rasuah, maka kita akan mendapat nikmat yang lebih daripada itu dan nikmat itu pula akan turun kepada anak cucu kita, serta negara akan maju.

“Ia juga supaya semua akan merasai kebaikan daripada menjadi negara yang maju dan mampu bersaing dengan negara maju yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Townhall Perdana Menteri bersama penjawat awam di Kelab Golf Diraja Perak, di sini, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");