Membawang Hari Ini

‘Kena Berlakon Drama, Filem Jika Nak Kekal Relevan’

KUALA LUMPUR: Pelakon, Scha Alyahya, mengakui dia perlu membintangi drama atau filem bagi memastikan nama kekal relevan dalam bidang seni.

Biarpun aktif menjadi wajah atau mewakili produk, Scha atau nama penuhnya Sharifah Azean Syed Mahadzir, 35, berasakan penting untuknya mengimbangi setiap cabang seni diceburi.

“Saya dan suami bukan menjadi duta produk semata-mata, cuma waktu kadang kala tidak mengizinkan untuk kami berlakon. Sekiranya tawaran diberikan menarik dan tidak bercanggah dengan komitmen lain, mengapa ia tidak diterima? Saya akui kepentingan untuk terus aktif sebagai pelakon.

“Sekiranya tidak lagi menerima tawaran berlakon drama atau filem, nama selebriti itu sendiri sukar untuk terus kekal bertahan. Jadi, semuanya harus diseimbangkan.

“Setelah sekian lama tidak berlakon, saya kembali ke set penggambaran drama berjudul Tiga Dara Pingitan yang turut menampilkan Sherry Alhadad dan Sharifah Sakinah. Awal yang sebelum ini memberikan fokus kepada bidang pengacaraan pula menjayakan drama untuk slot Cerekarama, Sinar Ramadan Untuk Amanda,” katanya kepada BH Online.

Kata ibu kepada Lara Alana ini, lakonan dan pengacaraan tetap menjadi keutamaan dirinya kerana dia membina nama serta mencari rezeki menerusi bidang terbabit.

Menurut Scha lagi, kolaborasi bersama produk tempatan adalah sebagai duit poket dan persediaan jangka masa panjang apabila tidak lagi aktif dalam bidang seni.

“Fesyen sesuatu yang dekat dengan saya. Jadi, saya turut menjayakan projek sedemikian pada masa sama. Lagipun, tidak boleh dijangka berapa lama masa depan kita dalam industri seni. Setiap hari, ada sahaja wajah baharu yang muncul.

“Saya selalu ingatkan diri, kena tahu apa nak dibuat pada masa depan jika sudah tidak terbabit dalam bidang seni. Jadi, inilah antara cara saya mencari duit poket supaya lebih bersedia,” kata Scha.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");