Berita Hari Ini

Laporan: Perancis Gugurkan Beberapa Dakwaan Kes Razak Baginda

Perancis menggugurkan beberapa dakwaan terhadap Abdul Razak Baginda berhubung dakwaan menerima sogokan dalam urusan kapal selam Scorpene.

Razak merupakan penasihat kepada bekas perdana menteri Najib Razak pada 200 dan 2008. Najib ketika itu juga merupakan menteri pertahanan.

Razak menasihati Najib dalam urusan bernilai RM4.66 bilion berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene dan satu kapal selam Agosta daripada unit dermaga laut Perancis DCNI, yang dikaitkan dengan kumpulan pertahanan Perancis, Thales International Asia.

Pada 2010, sebuah siasatan mendedahkan bahawa syarikat Terasasi menerima sejumlah wang yang dikatakan bayaran kerja rundingan. Razak merupakan pemegang saham utama Terasasi.

Bayaran berkenaan dikatakan sebagai pendahuluan sogokan bagi urusan berkenaan.

Razak didakwa di Perancis pada Julai 2017 dengan tuduhan bersubahat secara aktif dan pasif dalam rasuah dan penyalahgunaan aset korporat.

Menurut laporan AFP, sumber penghakiman berkata mahkamah rayuan Paris menggugurkan dakwaan “rasuah pasif”, sementara dakwaan lain dikekalkan.

Sumber berkata peguam Razak, Caroline Toby memberi gambaran akan membuat rayuan lanjutan.

Empat pegawai eksekutif industri pertahanan Perancis sudah didakwa setakat ini.

Mereka terdiri daripada dua bekas pengerusi DCNI, Philippe Japiot dan Dominique Castellan, serta dua bekas pengarah Thales International Asia, Bernard Baiocco dan Jean-Paul Perrier.Keempat-empat mereka menafikan tuduhan itu dan mendakwa tidak mempunyai hubungan langsung dengan Razak.

Penyiasat Perancis kini sedang mengikuti perkembangan dakwaan bahawa bayaran €114 juta dibuat Perimekar.

Perimekar merupakan syarikat berpusat di Malaysia yang didakwa dikawal oleh isteri Razak.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");