Perak Hari Ini

Pahit, Manis Setahun MB Terajui Perak

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan dalam tempoh setahun pemerintahan kerajaan negeri dibawah pimpinannya diwarnai dengan pelbagai pengalaman pahit dan manis.

Dalam tempoh itu, kerajaan Perak sudah dapat mengenal pasti kekuatan, kelemahan serta ancaman dan peluang yang ada untuk diambil tindakan sewajarnya pada masa akan datang.

Menurut Ahmad Faizal, antara kenangan pahit yang dihadapinya apabila terdapat segelintir rakan seperjuangannya yang telah lari dari landasan perjuangan mereka selepas berjaya menubuhkan sebuah kerajaan.

“Dulu sewaktu kami bersama-sama menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), perjuangan kami adalah untuk melawan kerajaan kleptokrat demi rakyat dan apabila kami telah berjaya terdapat pula segelintir pemimpin yang telah lari daripada fokus utama kami.

“Saya melihat mereka sebagai seorang pejuang, dan apabila Allah memberikan sedikit ganjaran apabila berjaya menubuhkan kerajaan, mereka sudah melupakan misi dan visi kami.

“Kita tidak mahu ulangi apa yang telah berlaku pada kerajaan dahulu, saya memenangi pilihan raya di Parlimen Tambun dan juga DUN Chenderiang bukan kerana saya popular,

”Tiada siapa yang mengenali saya pada waktu itu, akan tetapi saya berjaya kerana rakyat menolak sikap pemimpin kerajaan yang terdahulu, oleh itu kita janganlah mengikut sikap sebegitu dan apabila ada yg buat sebegitu saya rasa cukup sedih,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sesi temubual khas Setahun Kerajaan Pakatan Harapan Perak di Kediaman Rasmi Lama Menteri Besar Perak, hari ini.

Ujarnya Ahmad Faizal lagi, antara pemimpin yang beliau paling kagumi ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan apabila dapat bekerjasama dengan baginda, itu merupakan kenangan paling manis yang tidak dapat dibeli olehnya.

“Sebagai seorang menteri besar yang tidak mempunyai pengalaman dan apabila saya menghadap baginda dalam acara mingguan kami, untuk berbincang perihal kerajaan negeri, baginda akan sentiasa menasihati saya untuk menjaga kedudukan saya sendiri supaya tidak dikecam.

“Pada pandangan saya baginda merupakan pemimpin yang amat hebat dan saya yakin rakyat Perak juga mempunyai pendirian yang sama seperti saya,” katanya lagi.

Pada perkembangan sama, Ahmad Faizal turut berkata bahawa rakyat negeri ini amat bertuah kerana mempunyai seorang Sultan yg amat prihatin terhadap rakyat dan negerinya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");