Berita Hari Ini

Sama-sama Kita Hayati Peristiwa Nuzul al-Quran – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru seluruh umat Islam supaya sama-sama menghayati peristiwa Nuzul al-Quran.

Perdana Menteri menerusi kiriman di laman Twitternya sempena Nuzul al-Quran yang disambut esok turut mengajak umat Islam mengambil iktibar daripada peristiwa turunnya al-Quran.

“Selamat menyambut hari Nuzul Quran buat seluruh umat Islam. Semoga kita sama-sama dapat menghayati dan mengambil iktibar dari peristiwa Nuzul Quran ini dan memperoleh keberkatan dari-Nya,” katanya, lapor Bernama.

Nuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira, Makkah iaitu tahun ke-41 daripada keputeraan baginda.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");