Perak Hari Ini

Geng “Ben Tuck” Tumpas

IPOH: Polis telah menahan dua individu lelaki selepas dipercayai melakukan kes samun bersenjata di sebuah rumah di Taman Pengkalan Putri, Pasir Putih pada 3 Jun lepas dalam satu serbuan yang dilakukan di sebuah kondominum berdekatan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Thamby berkata kedua-dua suspek ditangkap dalam satu operasi yang dijalankan pada 22 Jun, jam 3.35 petang di sebuah Kondominum Pengkalan Putra.

“Hasil penangkapan tersebut berjaya menemui sepucuk pistol bersama 14 butir peluru yang dibeli daripada negara jiran untuk digunakan dalam kes samun tersebut selain pelbagai barangan berharga yang dianggarkan bernilai ribuan ringgit,” katanya.

“Pihak polis juga berjaya menjumpai semula dua buah kereta jenis Toyota Lexus dan Estima yang telah dicuri oleh mereka dalam kes samun bersenjata yang telah dilakukan.

“Kesemua barangan rampasan dianggarkan bernilai lebih kurang RM 450,000 antaranya wang tunai, barang kemas, telefon bimbit, 10 botol minuman keras dan juga dua buah kereta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, hari ini.

Ujarnya lagi, ini merupakan kes samun yang pertama dilakukan oleh mereka dan pihak polis telah berjaya menghidu kegiatan yang dilakukan oleh mereka.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua lelaki berkenaan mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing menunjukkan mereka positif dadah.

“Kedua-duanya telah ditahan reman mulai 23 Jun hingga 28 Jun dan telah mengaku terlibat dalam kes tersebut.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");