Perak Hari Ini

Hari Ke-12 Op Selamat: 20 Kematian Di Perak

IPOH: Sebanyak 20 kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan di negeri ini dalam tempoh 12 hari Op Selamat 15/2019 yang telah dijalankan sejak 29 Mei lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, angka kematian sehingga semalam itu direkodkan daripada 20 kes kemalangan maut dengan satu kes terbaharu di lebuhraya daerah Taiping.

Katanya, jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak sembilan kematian jika dibandingkan dengan tempoh sama tahun lalu iaitu sebanyak 29 kematian dicatatkan.

“Secara keseluruhannya, sehingga semalam Op Selamat di Perak merekodkan 1,683 kes kemalangan jalan raya berbanding 1,578 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 18 kes kemalangan maut dengan 20 kematian, cedera parah dengan 20 kes, cedera ringan sebanyak 19 kes manakala kenderaan rosak pula sebanyak 1,631 kes,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media Majlis Rumah Terbuka PDRM Perak di Kediaman Rasmi Ketua Polis Perak, di sini, hari ini.

Ujar Razarudin lagi, pada hari ke 12 Op Selamat, daerah Ipoh mencatatkan kes kemalangan harian tertinggi iaitu sebanyak (50) kemalangan diikuti Taiping (24), Hilir Perak (16), Tapah (15), Kuala Kangsar (11), Gerik (9), dan Kerian (6).

“Bagi daerah lain pula merekodkan 5 kemalangan di Muallim, Batu Gajah dan Manjung manakala Kampar (4), Perak Tengah (4), Sungai Siput (3), Selama dan Pengkalan Hulu dengan satu kes.

“Sebanyak 18,289 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan terhadap pengguna jalan raya berbanding 30,159 saman tahun lalu yang telah dicatatkan sejak 11 hari Op Selamat dijalankan.

Dalam perkembangan sama, Majlis Rumah Terbuka PDRM itu telah dihadiri hampir 500 orang dari kalangan anggota polis dan kakitangan kerajaan.

Turut hadir bersama dalam majlis tersebut beberapa orang Exco Kerajaan Negeri Perak antaranya, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi, Hasnul Zulkarnain, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Paul Yong Choo dan juga Pengerusi Jawatankuasa Perlancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Tan Kar Hing.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");