Perak Hari Ini

Hasnul Dilantik Penaung PUBI Perak

IPOH: Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim dilantik sebagai Penaung kepada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak) bagi tempoh 2019-2021.

Pengerusi PUBI Perak, En. Sharul Baha Abd Rahman dalam satu kenyataan berkata pihak beliau menyambut baik kesudian Hasnul dalam menerima pelantikan tersebut.

Katanya mereka berharap menerusi kerjasama tersebut ia dapat memberikan semangat baharu kepada persatuan tersebut dalam mengatur dan melancarkan perjalanan pada masa akan datang.

Selain itu jelasnya pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong itu sebagai Penaung ialah kerana latar belakang Hasnul yang sebelum ini merupakan juga seorang usahawan.

“Kejayaan beliau dalam perniagaan sebelum ini dan masih beroperasi yang antaranya mengusahkan sebuah pusat servis kenderaan, sebuah restoran dan beberapa perniagaan yang diceburinya.

“Ini harus dijadikan contoh kepada anak muda yang melibatkan diri dalam bidang keusahawanan,” katanya, di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata pelantikan Hasnul sebagai Penaung juga dapat memberikan impak yang positif kepada PUBI Perak dalam merangka dan memajukan usahawan serta peniaga kecil di Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");