Perak Hari Ini

Jangan Politikkan Isu Pendidikan – MB Perak

PARIT: Semua pihak diingatkan agar tidak berpolitik dalam isu yang membabitkan kepentingan masyarakat seperti dalam hal pendidikan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata isu-isu berunsurkan politik hanya akan menyebabkan perpecahan dalam kalangan masyarakat dan seterusnya akan merugikan semua pihak.

Katanya kerajaan negeri secara dasar membenarkan penggunaan dewan orang ramai atau dewan di sekolah untuk sebarang penganjuran program seperti berbentuk pendidikan asalkan ia tidak bermotifkan politik.

“Jika mahu anjurkan program khidmat masyarakat seperti program kesihatan atau pendidikan kita memang mengalu-alukan.

“Namun jangan pula dinaikkan bendera parti Umno, Pas ataupun Bersatu. Jangan anjurkan program yang pada masa sama mahu mempromosikan parti.

“Seperti hal pendidikan. Ia jangan dipolitikkan. Anak orang Umno, anak orang Pas, anak orang Bersatu, anak orang PKR mahukan pendidikan.

“Tunggulah semasa pilihanraya akan datang. Pada masa itu baru lah kita berpolitik betul-betul,” katanya.

Tambahnya semua pihak harus bekerja dengan ikhlas dalam mendidik para pelajar sekolah dengan bebas daripada sebarang unsur politik.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Dewan SMK Lambor Kiri di Bota, dekat sini, hari ini.

Hadir sama, isteri Menteri Besar, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi serta Pengetua smk lambor kiri, Sabarudin Othman.

Mengulas lanjut tentang dewan tersebut, Ahamd Faizal berkata disebabkan kawasan sekitar tidak mempunyai kemudahan dewan maka dewan di sekolah tersebut dibenarkan untuk kegunaan orang ramai.

Selain itu beliau berkata kerajaan negeri juga bersetuju untuk meluluskan sejumlah peruntukkan tambahan bagi menampung kos untuk membeli kelengkapan kerusi, meja dan alatan siar raya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");