Perak Hari Ini

Presiden Pafa Harap Skuad The Bos Gaurus Pamer Aksi Terbaik

PARIT: Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) berharap agar skuad The Bos Gaurus dapat mempamerkan aksi terbaik ketika berdepan Pahang pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Makmur, malam esok.  

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata menang atau sebaliknya ia merupakan perkara kedua sebaliknya prestasi permaian adalah menjadi keutamaan buat mereka.

Katanya, prestasi serangan pasukan Perak yang dilihat tumpul pada beberapa siri perlawanan sebelum ini semakin tajam dengan kehadirian dua import baru iaitu Ronaldo Henrique Silva, 28, dan Raianderson Da Costa Morais (Careca).

“Dengan kehadiran dua pemain baru iaitu Ronaldo dan Careca, barisan posisi serangan kita bertambah baik, namun mereka perlu mengambil setiap peluang untuk menjaringkan gol.

“Jika dilihat pada perlawanan sebelum ini, walaupun kita berjaya menjaringkan tiga gol namun banyak peluang keemasan tidak diambil.

“Dari satu sudut, kita berjaya memenangi perlawanan namun pada satu sudut yang lain, kita dapati masih banyak perkara yang perlu dipertajamkan kembali,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap agar para penyokong Perak yang bakal bertandang ke Stadium Darul Makmur dapat menjaga disiplin masing-masing ketika menyaksikan perlwanan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Dewan SMK Lambor Kiri di Bota, dekat sini, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");