Lebih manis lagi, mereka ke sana bersama dua cahaya mata, Yahaira Leanne, 4, dan Yusof Leonne, 2 serta ibu, Siti Amira Ahmad.

Perkara tersebut dikongsikan Lisa melalui Instagram sebentar tadi.

“Buat pertama kali, kami meraikan Aidilfitri dengan makam Rasulullah SAW dan masjid-masjid di Madinah. Insya-Allah Amin.

“Semoga dipermudahkan perjalanan, urusan dan dalam mengerjakan umrah. Moga kami semua diberikan kesihatan untuk melaksanakan ibadah.

“Dengan rasa rendah diri, saya sangat bersyukur kali pertama saya ke sini adalah bersama suami, isteri dan anak-anak. Tiada kata-kata untuk menggambarkan perasaan ini,” kata Lisa.

Melalui perkongsian foto itu kelihatan pelakon filem Lagenda Budak setan itu bersama suami dan dua anak serta ibunya dalam pesawat.

Terdahulu, ketika Ramadan, Lisa pernah mendedahkan agar dipermudahkan urusannya pada Aidilfitri namun enggan terlalu memperincikan rancangannya bersama keluarga pada bulan mulia ini lapor Kosmo Online.