Perak Hari Ini

Masjid Cina Muhammadiah Perlu Dana RM2.5 Juta Untuk Memperbesarkan Struktur Bangunan

IPOH- Pengurusan Masjid Muhammadiah Masjid Cina memerlukan dana kira-kira RM2.5 Juta bagi menampung perbelanjaan membesarkan struktur bangunan masjid berkenaan yang terletak di Tasek.

Kata Pengerusinya, Datuk Dr. Fadzli Cheah Abdullah kos berkenaan diperlukan bagi melengkapkan perancangan projek Fasa Dua dimana bagunan bumbung sementara sedia ada akan dirobohkan dan diganti dengan bangunan yang lebih berstruktur.

“Peruntukan kewangan turut diminta dari pihak MAIPk, tetapi kewangan terkini masjid adalah sumbangan ikhlas dari awam, dimana jumlah yang diterima sudah mencecah RM1 Juta dan kami masih memerlukan sebanyak RM2.5 Juta.

“Perbelanjaan bagi membina bumbung atas agak mahal kerana bahan tersebut akan dibawa khas dari China, malahan jika pihak kami mampu, atap yang sama akan kami cuba dapatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu temual semasa Sambutan Hari Raya Aidilfitri Masjid Cina di Masjid Muhammadiyah Taman Tasek Jaya anjuran Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan Persatuan Cina Muslim Malaysia di sini, hari ini.

Katanya, masalah dihadapi oleh masji berkenaan adalah apabila jemaah datang untuk bersolat pada hari Jumaat dan apabila mejelang Hari Raya Aidilfitri.

“Kawasan masjid tidak mampu memuatkan kesemua jemaah walaupun karpet serta sejadah dibentang di luar kawasan dewan sehinggakan ada jemaah terpaksa bersolat di luar dan di tepi jalan.

“Apabila bahagian belakang siap diubah suai, jemaah wanita dapat bersolat juga, malahan kira-kira 1,500 hingga 2,000 orang dapat dimuatkan pada masa akan datang.

Tambah beliau, binaan masjid yang pihaknya mahukan adalah adanya pembangunan serba lengkap.

“Keseluruhan Fasa Satu merangkumi dewan solat dan tempat wudu kemuadian pembanguanan Fasa Dua pula merangkumi pusat dakwah, pusat pendidikan dan yang paling penting adalah adanya pusat perpaduan dalam mempromosikan keharmonian diantara semua kaum,” katanya.

Hari ini, kira-kira lebih 1000 orang ramai telah hadir bagi memeriahkan majlis berkenaan dimana setiap tahun Masjid Muhammadiah akan mendapat bantuan dari pelbagai pihak bagi menjayakan majlis berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");