Berita Hari Ini

Mat Sabu Yakin PM Ambil Maklum Kritikan Pada Latheefa

berkeyakinan perdana menteri akan mengambil perhatian mengenai kritikan terhadap cara pelantikan peguam Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya baru SPRM.

Mohamad berkata teguran tersebut yang turut datang daripada dalam PH akan menjadi ujian terhadap wibawa Latheefa dan beliau percaya perdana menteri akan berterusan menilai prestasi ketua pesuruhjaya suruhanjaya antirasuah itu.

“(Pelantikan itu) mengundang pelbagai kritikan dan pandangan terutama daripada peringkat dalaman PH.

“Saya berkeyakinan penuh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengambil perhatian tentang cara pelantikan dan menjadikan kritikan serta pandangan tersebut sebagai satu ujian kepada kewibawaan Latheefa untuk menjalankan tugas sebagai ketua pesuruhjaya SPRM.

“Saya juga penuh yakin perdana menteri akan mendengar kritikan-kritikan terhadap keputusannya dan akan menilai prestasi Latheefa dari masa ke semasa.

“Dan jikalau prestasi Latheefa tidak memenuhi hasrat para pengkritik, saya yakin perdana menteri akan membuat penilaian semula,” katanya dalam suatu kenyataan hari ini.

Pada Selasa lalu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan ketua pesuruhjaya SPRM Mohd Shukri Abdull telah melepaskan jawatannya dan Latheefa akan menggantikan beliau.

Latheefa sebelum ini melepaskan keanggotaannya dalam PKR selepas mendapat makluman mengenai pelantikannya itu. Namun ini tidak menghalang pelbagai pihak untuk terus membidas pelantikan satu pihak berkenaan.

Ramai yang mempersoalkan sama ada beliau mampu bertindak dengan tidak memihak ataupun berkecuali.

Tidak kurang juga mempertikaikan pelantikannya yang melangkaui Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai lantikan awam yang dibentuk oleh kerajaan baru Pakatan Harapan yang bertujuan mengurangkan campur tangan perdana menteri dalam lantikan jawatan utama, termasuk dalam SPRM.

Jawatankuasa itu adalah sebahagian daripada manifesto pilihan raya mereka.

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, pada Selasa lalu Mahathir mengakui bahawa beliau melantik Latheefa tanpa membincangkan perkara itu dengan kabinet kerana tidak mahu keputusan itu mengikat dirinya.

Ahli Parlimen Wangsa Maju Dr Tan Yee Kew menyertai lebih 1,000 orang menandatangani sebuah petisyen dalam talian, yang mendesak supaya peguam Latheefa Koya berundur daripada jawatan ketua pesuruhjaya SPRM.

Suatu petisyen mendesak Latheefa berundur daripada jawatan ketua pesuruhjaya SPRM dilancarkan di Change.org semalam. Petisyen yang telah mengumpul lebih 1,000 tandatangan itu turut disertai Ahli Parlimen Wangsa Maju (PKR) Dr Tan Yee Kew. -Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");