Perak Hari Ini

Mesin ATM Beras Pertama Di Perak Dilancarkan

TAPAH: Sebuah mesin ATM beras hasil sumbangan Kumpulan Sunway telah dilancarkan bagi membantu golongan asnaf disamping menjadi inisatif yang selari dengan hasrat kerajaan negeri dalam usaha membantu golongan memerlukan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, menerusi kewujudan mesin ATM beras berkenaan, seramai 100 golongan asnaf akan menerima 2 kilogram beras setiap hari Jumaat dan pihak Kumpulan Sunway turut bersetuju untuk menyumbang sebanyak 600 kilogram beras sebagai permulaan.

“Apabila stok beras yang disumbangkan itu habis, pihak masjid pula akan memainkan peranan dengan membeli beras menerusi duit tabungan yang ada pada mesin berkenaan.

“Selain itu, saya amat berharap agar kita sama-sama dapat memberi sumbangan kepada tabung tersebut, supaya bekalan beras kepada golongan asnaf ini tidak terputus.

“Saya percaya, kalangan kita yang ada di sini cukup pemurah untuk berbuat demikian apatah lagi Allah SWT sentiasa menjanjikan ganjaran besar kepada sesiapa juga yang sentiasa bersedekah dan mereka yang memberi makanan kepada golongan memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perlancaran Mesin ATM Beras di Masjid Daerah Tapah, di sini, hari ini.

Ujarnya lagi, kerajaan negeri sentiasa mengambil sikap terbuka terhadap mana-mana pihak yang berhasrat untuk menjalinkan kerjasama bagi melakukan perkara-perkara baik terhadap rakyat di negeri ini.

“Kehadiran syarikat-syarikat korporat termasuk Kumpulan Sunway bagi menjalankan beberapa aspek kebajikan antaranya Program Kembali Ke Sekolah di Tapah dan membantu pembinaan bangunan baharu di SJK(C) Gunung Hijau di Pusing yang saya rasmikan pada Februari lalu, jelas membuktikan betapa hubungan erat antara kerajaan negeri dengan badan-badan korporat ini sentiasa berada di tahap tertinggi demi kebaikan rakyat.

“Besarlah harapan saya supaya segala pemberian dan sumbangan yang diusahakan ini dijaga dan dipelihara dengan baik supaya dapat dimanfaatkan buat jangka masa panjang.

“Sentiasalah kita belajar untuk berterima kasih dan menghargai setiap pemberian orang lain terutamanya melibatkan barangan kegunaan ramai. Syukuri segala nikmat diberikan dan jangan pula sampai orang ramai terpaksa menanggung kesusahan dan kerugian akibat daripada sifat tidak bertanggungjawab kita,” katanya lagi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");