Sukan Hari Ini

Misi Penting Cheng Hoe

KUALA LUMPUR: Pengendali skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe mahu memastikan kemenangan kedua ke atas Timor Leste pada aksi timbal balik playoff Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Pemain tidak boleh mudah berpuas hati dengan kejayaan 7-1 pada aksi pertama kerana Cheng Hoe turut fokus untuk memperbaiki kedudukan skuad negara dalam ranking dunia.

“Kita tahu ia (kemenangan) cukup penting buat pasukan ini kerana saya memerlukan keputusan positif. Bukan saja untuk ranking tetapi untuk menaikkan keyakinan pasukan bagi menghadapi pusingan akan datang,” kata Cheng Hoe.

“Untuk itu, saya merasakan amat penting buat pemain turun dengan misi untuk mendapatkan keputusan positif.”

Ketika ini, Harimau Malaya berada di tangga 168 dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) manakala Timor Leste menghuni kedudukan ke-195.

Selepas menang besar pada aksi pertama, Cheng Hoe tidak merasakan corak permainan bertahan sebagai pilihan tepat pada perlawanan malam ini.

“Saya pasti semua pemain nak diturunkan mewaliki pasukan negara. Saya perlu kenal pasti kesebelasan terbaik dan saya pasti pemain yang akan diberi peluang nanti akan beri yang terbaik.

“Pemain juga fikir sama (kekalkan intensiti permainan),” katanya mengenai kemungkinan akan menurunkan beberapa pemain yang belum beraksi pada aksi pertama dan persahabatan menentang Nepal sebelum ini.- BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");