Perak Hari Ini

Polis Rampas Dadah Jenis Heroin Bernilai RM45 Ribu

IPOH- Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak telah merampas dadah jenis heroin seberat 905 gram yang benilai RM45,250

Ketua Jabatannya, Ravi Chandran berkata, pada Khamis lalu sekitar jam 10:45 pagi pasukannya telah membuat serbuan di sebuah rumah yang terletak di Taman Rapat.

“Dua orang lelaki dan seorang perempuan berusia sekitar 28 hingga 53 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Barangan yang turut disita adalah sebuah kereta dan sebuah motosikal dengan anggaran bernilai RM18,000,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau kes disiasat dibawah Syeksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan, boleh dikenakan hukuman mandatori iaitu gantung sampai mati.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");