Perak Hari Ini

Selesaikan Dengan Secepat Mungkin- Tinagaran

KUALA KANGSAR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Perak hari ini meminta pihak berkuasa supaya menyelesaikan isu berhubung penyebaran satu video lucah yang dikatakan mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali dengan secepat mungkin.

Timbalan Pengerusi PKR Perak, M.A Tinagaran berkata, perkara itu perlu diselesaikan secepat mungkin kerana sekiranya ia dibiarkan maka ia akan memberi ruang yang banyak kepada spekulasi dan kebarangkalian.

“Saya rasa perkara ini harus diselesaikan oleh pihak PDRM dan juga agensi-agensi yang terlibat demi memastikan kebenaran dapat dilihat dalam isu ini kerana kita perlu faham bahawa “jusctice delayed is justice denied” dan kita harap perkara sebegini tidak akan berlaku.

“Pada peringkat negeri pula, kita mempunyai seorang presiden yang sedang berusaha menyelesaikan konflik ini tetapi yang membuatkan saya berasa bimbang adalah kebisuan rakyat dan juga kebisuan parti BN serta PAS.

“Berbeza sungguh dgn krisis- krisis sebelum ini dimana mereka akan memberikan banyak komen tetapi kini mereka lebih mengambil sikap “let us watch” atau mari kita lihat dan ini satu fenomena yang amat membimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media pada Majlis Jamuan Rakyat Hari Raya Aidilfitri peringkat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Perak di Inap Desa Tanjung Bayu, Sauk, hari ini.

Ujarnya lagi rakyat kini sudah lebih celik dan sudah membuat ketetapan minda sendiri dalam hal-hal berkaitan politik.

“Rakyat kini lebih gemar menggunakan “Silent Protest” dan ini merupakan sesuatu yang bahaya, apabila kita mendiamkan sesuatu perkara, kita beranggapan bahawa mereka menerima perkara itu, tetapi pada hakikatnya mereka tidak.

“Orang zaman sekarang cepat membuat ketetapan minda, mereka celik, kita boleh cakap apa yang kita mahu, tetapi mereka sudah menetapkan pada minda mereka mengikut pemikiran masing-masing dan ini merupakan sesuatu yang membahayakan dan ia perlu diselesaikan dengan cepat bagi menghakis segala spekulasi yang timbul.

“Kita tidak mahu parti ini jatuh disebabkan isu-isu sebegini, kerana parti kita atau kerajaan Pakatan Harapan (PH) baru sahaja memerintah, dan kepercayaan rakyat kepada kita pun masih belum menebal, dan kini timbul pula perkara sebegini jadi bila rakyat sudah membuat ketetapan, sampai bila pun kita tidak akan dapat ke persada politik untuk menerajui negara ini,” katanya lagi.

Pada perkembangan sama, Naib Pengerusi PKR Perak, Baldip Singh berkata, bagi PKR, kita mengikut prinsip keadilan.

“Saya sekali lagi ingin mengesa pihak berkuasa khususnya PDRM supaya mengambil tindakan sewajarnya dengan segera supaya dapat menjawab suara- suara yang berbangkit dari rakyat mengenai isu ini.

“Kami mempunyai sikap yang jauh lebih berbeza daripada kerajaan dahulu, kami tidak akan cuba tutup isu ini dan mengesa pihak berkuasa supaya tidak menyiasat perkara sebegini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");