Berita Hari Ini

SPRM Sekali Lagi Perjelas Siasatan Transaksi Meragukan Azmin Ali

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki sekali lagi menjelaskan tidak wujud transaksi dan akaun meragukan membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau menjelaskan siasatan terperinci sudah dijalankan pihaknya dan mendapati tidak wujud transaksi atau akaun dinyatakan dalam laporan yang dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Adam.

“SPRM menerima pelbagai pertanyaan pihak media dan orang ramai berkaitan laporan dibuat (oleh Lokman) baru-baru ini iaitu mengenai transaksi meragukan oleh sebuah syarikat pembinaan ke akaun bank peribadi milik menteri kanan yang sebenarnya merujuk kepada Mohamed Azmin.

”Beliau (Lokman) juga mendakwa terdapat kewujudan sebuah akaun di luar negara pada 2012 milik menteri berkenaan. Siasatan SPRM sudah dijalankan berdasarkan laporan itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Azam ketika mengulas lanjut, berkata SPRM turut menyiasat berkaitan tohmahan terhadap Mohamed Azmin yang bertajuk ‘Here is the proof Azmin Ali is toyol of Selangor’, dengan satu laporan pernah diterima pada Ogos 2018.

“Berhubung dengan isu ini, siasatan sudah dijalankan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia serta institusi kewangan lain dan mendapati tohmahan yang dibangkitkan ini adalah tidak benar.

“Diharap kenyataan ini akan dapat memberi pencerahan kepada orang ramai,” katanya.

Rabu lalu, Azam di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjelaskan mengenai kedudukan siasatan terhadap Mohamed Azmin berdasarkan laporan dibuat Lokman dan beliau menjelaskan, tidak mengesan sebarang transaksi mencurigakan serta kewujudan akaun dikaitkan.

Beliau berkata, dalam siasatan itu akan ada pihak yang dipanggil dan sudah dipanggil, terutama pihak bank sebagai saksi untuk direkod keterangan.

Baru-baru ini, dua salinan transaksi pemindahan wang yang tertera nama Mohamed Azmin tular bersama tiga rakaman video intim.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");