Panasnya Hari Ini

Takiyuddin Beri Keterangan Kepada Polis

KOTA BHARU: Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan hari ini memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu berhubung dakwaan mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agung yang memberi pengampunan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu hadir kira-kira jam 3 petang dengan ditemani kira-kira 20 penyokongnya sebelum memberi keterangan selama dua jam.

Takiyuddin didakwa berbuat demikian ketika berceramah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan awal bulan lalu.

Takiyuddin ketika ditemui berkata, beliau hadir untuk memberi keterangan mengenai ceramah yang diberikan di PRK Parlimen Sandakan, bulan lalu.

“Kes saya diklasifikasikan di bawah Seksyen 504 di bawah Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang berbentuk provokasi untuk menimbulkan rasa tidak puas hati, rusuhan dan sebagainya.

“Terserah kepada pihak polis dan saya menghormati kuasa dan tanggungjawab mereka dan berharap pihak berwajib akan mengambil langkah terbaik berdasarkan undang-undang untuk menyelesaikan kes ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, beliau tidak berniat untuk mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agung yang memberi pengampunan kepada Presiden PKR itu.

“Saya tak persoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong yang diberikan di bawah undang-undang, tapi kita sebagai rakyat hendak tahu bila baginda mengampunkan Anwar atau siapa yang meminta memohon pengampunan itu,” katanya.

Menurutnya, beliau memberitahu Anwar tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri atau pemimpin negara adalah antaranya dia adalah seorang bekas banduan.

“Beliau (Anwar Ibrahim) sudah disabitkan kesalahan dalam mahkamah paling tinggi di Malaysia iaitu Mahkamah Persekutuan sekurang-kurangnya dua kes,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Noor Halim Nordin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya mengambil keterangan Takiyuddin.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");