Membawang Hari Ini

Bila Masa Saya Muflis? – Shaheizy Sam

KUALA LUMPUR: Pelakon, Shaheizy Sam, menyangkal dakwaan dirinya terbabit dalam pelaburan mata wang digital hingga dikatakan menjana keuntungan lumayan.

Sam atau nama penuhnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 36, lebih terkejut apabila dia dikatakan muflis dan berjaya bangkit daripada kegagalan kerana pelaburan berkenaan.

“Ramai menghantar artikel yang menyebut kononnya saya mendapat pulangan lumayan melalui pelaburan mata wang digital.

“Saya tidak percaya dengan pelaburan yang mendapat pulangan mudah. Lebih melucukan, artikel terbabit menyatakan saya pernah muflis dan kejayaan saya hari ini kerana pelaburan yang dibuat. Bila masa saya muflis?” soalnya kepada BH Online.

Beberapa hari lalu, sebuah portal menyiarkan artikel mengenai kebangkitan bintang Polis Evo itu yang dikatakan pernah muflis. Ia membuatkan ramai yang tertanya-tanya mengenai kebenaran tulisan berkenaan.

Sam memandang serius perkara itu berikutan penyebaran artikel terbabit dikhuatiri membuatkan ramai orang percaya dan tertipu.

“Sekarang, media sosial juga boleh menjadi sumber fitnah. Jadi, berhati-hatilah! Jangan hanya kerana sesebuah artikel memaparkan artis, ceritanya dianggap benar.

“Mungkin kerana kita buat tidak tahu sahaja, jadi mereka semakin berani berbuat sesuka hati. Mereka tidak lagi takut untuk menggunakan nama dan gambar orang yang tiada kena mengena dengan pelaburan berkenaan. Apa yang pasti, saya akan mengambil tindakan tegas berhubung hal ini,” katanya.

Pelakon terbabit turut berkongsi mengenai perkara berkenaan di laman sosial Instagramnya, semalam.

Terdahulu, nama pelakon dan pengarah, Datuk Aaron Aziz, juga pernah dikaitkan dengan pelaburan mata wang digital yang sama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");