Berita Hari Ini

Dr Mahathir Luang Masa Berbasikal Untuk Kesihatan

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa berbasikal di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor, pagi tadi.

Perdana Menteri berkata, aktiviti riadah itu penting untuk menjaga kesihatan dan memastikan tubuh badan berfungsi dengan baik.

“Kayuh basikal di Litar Antarabangsa Sepang, pagi tadi. Apabila umur makin meningkat, mesti luang masa bersenam supaya otot dan otak berfungsi dengan baik,” katanya.

Aktiviti berbasikal yang dikongsikan Perdana Menteri melalui akaun Twitter rasminya itu mendapat lebih 3,000 ‘like’ dan diulang ciap sebanyak 877 kali, setakat tengah hari tadi.

Beberapa pengguna media sosial turut memuji usaha Perdana Menteri, selain menyifatkannya sebagai aktiviti berfaedah yang perlu dilakukan semua rakyat Malaysia.

“Bagaimana seorang yang berusia 94 tahun boleh mengayuh basikal? Ayah saya yang berusia 79 tahun pun sudah tidak kuat melakukan aktiviti sama,” kata pengguna Twitter dikenali sebagai Encik Gabot.

“Tiada sesiapa boleh memberi sebarang alasan untuk tidak bersenam,” kata seorang lagi pengguna Twitter dikenali sebagai Dason H.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");