Perak Hari Ini

Perak Tawar Biasiswa Diploma Dan Sijil Kemahiran Kepada Atlet

IPOH- Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan negeri Perak bakal menawarkan biasiswa diploma serta sijil kemahiran kepada atlet sukan negeri dengan kerjasama Kolej PIA.

Exconya, Howard Lee Chuan How berkata, perkara tersebut adalah satu kewajipan kerajaan bagi menyiapsiagakan belia di negeri Perak untuk bersaing dan menjadi yang terbaik bagi pembangunan ekonomi pada masa hadapan.

“Kerjaya seseorang atlet mungkin tidak akan kekal pada akan datang disebabkan oleh faktor usia tetapi kepelbagaian sektor dalam sukan mampu digunapakai oleh bekas atlet pada masa akan datang,” katanya dalam satu sidang media di Bangunan Perak darul Ridzuan, hari ini.

Katanya, bagi biasiswa tersebut, pada peringkat awal sejumlah empat slot sahaja yang akan dibuka kepada atlet yang mana dua daripadanya akan ditaja oleh pejabat beliau kemudian baki slot akan ditaja oleh Kolej PIA berdasarkan kelayakan akademi yang dimiliki oleh atlet.

“Sebagai satu projek perintis, sekiranya ianya berjaya kuotanya akan dibuka pada masa akan datang kepada atlet lain.

“Mekanisma pemilihan akan dipertimbangkan dari segala aspek sama ada atlet tersebut cemerlang dalam sukan atau tidak mahupun cemerlang dalam akademi atau tidak tetapi atlet perlulah mempunyai minat dan keinginan untuk mengikuti kursus yang ditawarkan malahan akan dipertimbangkan oleh pihak kolej serta pihak kerajaan negeri sendiri,” katanya.

Tambah Howard, kursus-kursus yang ditawarkan di bawah program biasiswa tersebut termasuklah Diploma Reka Bentuk Grafik, Diploma Reka Bentuk Dalaman, Diploma Reka Bentuk Media Digital, Sijil Seni dan Reka Bentuk, Sijil Kemahiran Teknologi Kejuruteraan Mekatronik serta Sijil Kemahiran Reka Bentuk Grafik dan Animasi.

“Kelayakan bagi mengikuti diploma haruslah mempunyai kelulusan SPM secara minimum tiga kredit dan bagi sijil pula mestilah berumur dari 16 tahun dengan syarat fasih dalam berbahasa, menulis dan mengira.

“Kesemua kursus yang ditawarkan telah mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang mana boleh digunaka oleh para atlet sebagai persediaan masa hadapan selepas mereka bersara kelak,” katanya.

Jelas beliau lagi, bidang berkenaan menjadi pilihan kerana pada masa kini teknologi berdasarkan kretiviti kurang diterokai tetapi hakikatnya ianya sedang giat berkembang terutamanya pada masa hadapan.

Dalam pada itu kata Kata CEO Kolej PIA, atlet yang dipilih akan mengkuti kursus bekenaan selama dua setengah hingga tiga tahun dengan syarat pembelajaran adalah sepenuh masa namun, para atlet akan diberikan keloggaran bagi mengikuti latihan atau apa-apa pertandingan.

“Kos pembiayaan adalah dianggaran sebanyak RM21,000 ke RM22,000,” jelas beliau.

Kolej PIA adalah sebuat Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan programnya diluluskan dan diiktiraf oleh MQA serta merupakan salah satu kolej perintis yang terletak di Ipoh.

PIA juga didaftarkan sebagai Penyedia Latihan atau Pusat Bertauliah dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) atau Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Pendaftaran aakan dibuka bermula dari 16 Julai sehingga 15 Ogos 2019. Untuk mendapatkan maklumat mengenai biasiswa dan prosedur permohonan, e-mel boleh dikemukan ke [email protected] atau hubungi 05-2555969.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");