Perak Hari Ini

Persidangan Antarabangsa Pertama Pendidik Kongsi Amalan Terbaik Dalam Pengajaran

IPOH- International Conference On Education And Teacher Development (ICETD 2019) atau Persidangan Antarabangsa Mengenai Pendidikan Dan Pembangunan Guru diadakan untuk berkongsi pengalaman mengenai amalan terbaik berdasarkan hasil kajian.

Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Dr Rusmini Ku Ahmad berkata, persidangan yang pertama kali diadakan itu adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pendidik dalam menghadapi cabaran masa hadapan.

“Cabaran sebagai seorang guru dan pensyarah pada masa kini sangat banyak dimana ada kalanya para pelajar lebih mendahului pendidik dalam bidang teknologi yang mana kita perlu belajar bagaimana kemahiran dan kebolehan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan acara pembukaan ICETD 2019 yang berlangsung selama tiga hari bermula dari 23 hinngga 25 Julai di Hotel Casuarina@Meru, di sini, hari ini.

Kata Rusmini, program tersebut adalah untuk berkongsi pengalaman mengenai amalan terbaik berdasarkan hasil kajian yang telah dilaksanakan oleh para pendidik, ahli akademik dan ahli akademik dari luar negara supaya pendidik dapat belajar diantara satu sama lain mengenai hasil-hasil kajian yang dijalankan.

Menurut beliau, dalam persidangan yang sama, terdapat seramai 197 orang pembentang dan seramai 600 orang peserta, diikuti oleh dua orang penceramah yang begitu berpengalaman luas iaitu Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Victoria, New Zealand, Professor Stephan Dobson dan Rektor dan Ketua Pegawai Eksekutif Heriot-Watt Universiti, Kuala Lumpur, Professor Mustak Al-Atabi.

“Kedua-dua mereka mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan dimana pada hari ini mereka telah berkongsi pengalaman melalui aspek penilaian, pengukuran serta banyak lagi yang mana sebagai pendidik kita boleh mendapatkan pengajaran dan idea-idea baru,” katanya.

Tambah beliau, pemilihan tema mengenai ‘Perubahan Perspektif dan Pendekatan Dalam Pendidikan Dan Pembangunan Guru’ adalah sebagai satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaraan ekoran dari asas institusi latihan adalah melatih para pengajar.

“Kta memerlukan pendekatan terkini dalam bidang pendidikan dimana kita mahu melihat amalan terbaik yang telah atau sedang dilaksanakan oleh beberapa negara luar contohnya seperti New Zealand, Iraq, Jepun, Filipina dan juga Amerika Syarikat yang turut menghadiri persidangan tersebut.

“Persidangan ini adalah platform untuk para penyelidik, penyelidik, ahli akademik dan penasihat dasar untuk berkongsi pengalaman, membincangkan penemuan penyelidikan dan peluang baru, memperoleh pengetahuan yang dikehendaki dalam subjek dan membincangkan perkembangan terkini dan isu-isu pendidikan dan pembangunan guru,” katanya.

Jelas beliau, pihaknya mungkin akan melaksanakan persidangan antarabangsa seperti itu pada dua tahun akan datang ataupun dua tahun sekali tetapi segala pengisian serta persedian akan dijalankan seperti colloquium dan perkongsian hasil kajian di antara pensyarah dari 27 kampus yang sedia ada.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");