Perak Hari Ini

Polis Rampas Dadah Jenis Heroin Bernilai RM6,105

IPOH: Polis merampas dadah dipercayai jenis Heroin seberat 122.1 gram selepas menahan seorang lelaki di sebuah rumah di Kampung Sri.Kinta, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ravi Chandran berkata, dalam serbuan yang bermula pada pukul 11.45 pagi itu, sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri telah menahan seorang suspek berusia 29 tahun.

“Hasil pemeriksaan yang telah dijalankan, pihak kami berjaya menemui dadah jenis Heroin dengan nilai anggaran sebanyak RM 6,105.

“Selain itu, pihak kami juga telah menyita sebuah motorsikal dengan nilai anggaran semasa RM 2,500,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu siaran media yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, hari ini.

Menurut beliau, kes akan disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mandatori iaitu gantung sampai mati.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");