Berita Hari Ini

Sultan Johor Mulakan KMJ 2019 Hari Ini

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memulakan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2019 edisi ke-22 merentasi laluan sejauh 686 kilometer (km) hari ini.

Menurut Kosmo Online, rombongan diraja yang mendapat perkenan Sultan Ibrahim selaku ketua konvoi itu menjelajah 10 daerah di negeri ini pada 20 hingga Isnin ini.

Kembara dimulakan pagi ini dengan Sultan Ibrahim berkenan menunggang motosikal berkuasa tinggi, ‘Harley-Davidson 2019 Road King Special Touring Bike’ ke destinasi pertama iaitu Dataran Majlis Daerah Pontian.

Turut berangkat, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman, Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim serta suami kepada Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah, Datuk Dennis Muhammad Abdullah.

Hadir sama pada pelepasan KMJ 2019 ialah Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani.

Rombongan diraja bertolak dari Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada pukul 8 pagi terus menuju ke daerah Pontian kemudian ke Batu Pahat, Tangkak dan berakhir di Muar melibatkan laluan sejauh 240 km.

Sepanjang kembara, Sultan Ibrahim akan turut sama mengambil bahagian dalam program bersama-sama rakyat seperti demonstrasi memasak, sukan rakyat, lawatan ke tempat pameran, gerai-gerai dan menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");