Berita Hari Ini

‘Undang-undang Rimba’ – Jho Low Bidas Pelucutan Hak Akaun Bapa

Ahli perniagaan Jho Low mengkritik keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan pelucutan hak lebih RM48 juta daripada akaun bank kepunyaan bapanya, Larry Low.

Jurucakap bagi Low berkata pentadbiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad “menggunakan undang-undang rimba dalam usaha mencapai keuntungan politik.”

“Rampasan aset yang dikaitkan dengan Low adalah keputusan dari prosiding tidak sah yang dibawa oleh rejim Mahathir, di mana hasilnya telah ditetapkan dan bermotif politik, mengaburkan garis antara kuasa eksekutif dan kehakiman.

“Rampasan ini, seperti percubaan rejim Mahathir baru-baru ini untuk merampas rumah keluarga Low yang dimiliki selama 20 tahun, terus menunjukkan strategi memalukan rejim itu dan kesanggupan untuk meninggalkan prosedur yang betul.

“Dengan rating penilaian yang semakin menurun, rejim Mahathir tidak memenuhi janji-janjinya berkenaan dengan hak asasi manusia atau kedaulatan undang-undang.

“Buktinya jelas: mustahil untuk mendapat perbicaraan yang adil di Malaysia, di mana pilih kasih berlaku dan kuasa dan politik mengatasi hak dan kebebasan asasi,” kata jurucakap itu dalam satu kenyataan pada petang ini.

Pagi ini, hakim Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Aaron Chelliah selepas tiada pihak ketiga menampakkan tuntutan ke atas aset itu.

Larry tidak hadir dalam prosiding mahkamah terbuka pagi ini. Waran tangkap telah dikeluarkan terhadapnya.

Media melaporkan pada 19 April bahawa mahkamah menetapkan tempoh notis selama tiga bulan untuk mana-mana pihak ketiga mencabar pelucutan hak itu.

The Edge Markets sebelum ini melaporkan bahawa RM48 juta dalam tujuh akaun Larry berasal dari 1MDB.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");