Perak Hari Ini

Exco Dakwa Terminal Medan Gopeng Tidak Dibuka Adalah Palsu

IPOH- Pertubuhan Kebajikan Ejen Jualan Tiket Bas Ekspres Terminal Amanjaya menolak kenyataan exco kerajaan negeri yang mendakwa terminal bas tersebut tidak beroperasi adalah tidak benar.

Pengerusinya, Mohd Tarmizi Mohd Yusuf berkata, Terminal bas di Medan Gopeng akan tetap akan tetap beroperasi ekoran pihaknya telah mendapat kelulusan daripada Menteri Besar Perak menerusi anak syarikatnya Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Maju Perak Land Sdn. Bhd. (Lampiran Surat Kelulusan Kerajaan Negeri).

“Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) juga tiada sebarang halangan mengenai cadangan bagi aktiviti mengambil dan menurunkan penumpang.

“Pihak kami juga dibenarkan untuk membuka kaunter penjualan tiket Bas Ekspres di Bangunan Silveritage Medan Gopeng,” katanya dalam satu sidang media di Silveritage Medan Gopeng, hari ini.

Beliau turut menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Paul Yong Choo Kiong sebagai tidak masuk akal.

Tambah beliau, masalah turut timbul ekoran daripada kenyataan Paul Yong yang mana telah merencatkan pergerakan bas sehinggakan pemandu bas juga tidak berani untuk masuk ke kawasan tersebut.

“Mereka tidak berani untuk mengambil risiko masuk ke sini disebabkan kadar denda yang dinyatakan adalah sangat tinggi sehingga RM500,000,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut berharap agar Paul Yong dapat merujuk perkara tersebut dengan kerajaan negeri sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Kami menjalankan operasi ini diatas kebenaran pihak yang berwajib dan tidak akan mengambil tindakan sewenang-wenangnya,” katanya.

Terminal bas tersebut telah beroperasi sejak 1 Ogos 2019 setelah perlaksanaan penjualan tuket berpusat di Terminal Meru Raya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");