Sukan Hari Ini

FELDA United Buru Kemenangan Pertama

SEKADAR mengutip satu mata dalam dua perlawanan di tempat lawan, FELDA United FC mahu mencatat kemenangan di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Maran, Sabtu ini.

Pemain tengah The Fighters, Christie Jayaseelan berkata, kelebihan beraksi di laman sendiri perlu dimanfaatkan untuk kembali berada di kedudukan selesa dalam Kumpulan D.

“Kami tidak boleh kehilangan mata apabila bermain di tempat sendiri ketika lawan berusaha untuk mengutip mata maksimum untuk mara ke suku akhir.

“Oleh itu, kami perlu bangkit daripada kekalahan 3-4 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan berdepan Melaka United perlu diakhiri dengan tiga mata menjadi milik FELDA United,” katanya, sebagaimana dilaporkan Harian Metro.

Christie yang menjaringkan satu gol ketika FELDA United seri 2-2 ketika berdepan Selangor berazam untuk membantu kelab itu memenangi perlawanan ketiga itu.

Katanya, sikap ambil mudah ketika tewas 3-4 kepada The Cops sudah dilupakan untuk memastikan The Fighters beraksi dengan lebih bagus.

“Kami tidak boleh berasa selesa dan kekalahan kepada PDRM dijadikan pengajaran untuk tidak mengulanginya pada perlawanan berikutnya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");