Panasnya Hari Ini

Jangan Guna Isu Perkauman Raih Sokongan

SHAH ALAM – Ahli politik disaran supaya tidak membawa isu perkauman semata-mata ingin mendapatkan sokongan masyarakat.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, sebagai seorang pemimpin mereka seharusnya lebih bijak dan tidak perlu mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan perpaduan kaum.

Sebaliknya, kata Musa, ahli politik perlu mencari cara bagaimana untuk menyatukan kaum di negara ini yang kini dilihat semakin berpecah.

“Ahli politik bebas bercakap untuk mendapatkan sokongan, mereka menggunakan sentimen kaum. Perkara ini perlu dihentikan dan sebagai ahli politik yang mentadbir negara, mereka seharusnya tidak bertelingkah berkaitan tentang hak.

“Semua masyarakat mempunyai hak dalam negara ini dan saya yakin kerajaan masa kini adil dalam menentukannya. Sebagai warganegara, hormatilah agama satu sama lain,” katanya ketika ditemui dalam majlis Pelepasan Kembara Jalur Gemilang All Brother Bikers di sini hari ini, lapor Kosmo Online.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai isu pemasangan bendera terbalik, Musa yang juga merupakan Presiden Komuniti Prihatin Jenayah Malaysia (MCCC) menyifatkan individu yang melakukannya tidak menghormati negara kerana mempermainkan Jalur Gemilang.

“Bendera adalah lambang negara. Sekiranya berlaku sedemikian mungkin ada juga yang tersilap pasang tetapi kalau banyak sangat ini bermaksud mereka sengaja melakukannya.

“Saya minta pihak polis siasat dengan adil dan mengambil tindakan kepada mereka yang sengaja buat begitu. Ada undang-undang yang boleh digunakan untuk menuduh mereka di mahkamah selain akta-akta bagi memastikan perkara ini tidak berlanjutan,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");