Berita Hari Ini

Jerebu di Malaysia Pulih

SHAH ALAM – Kualiti udara di semua tempat di seluruh Malaysia kini dilaporkan pulih seperti biasa.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Jailan Simon berkata, kebanyakan tempat di negara ini mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di bawah 90.

Beliau berkata, tahap jarak penglihatan yang dibuat oleh pihaknya juga sama seperti dilaporkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) iaitu sudah melebihi 10 kilometer.

“Hanya beberapa tempat seperti di Kuching, Sarawak dan Pulau Pinang yang jarak penglihatannya masih tujuh kilometer.

“Namun itu adalah biasa dan kita boleh katakan tahap jerebu serta jarak penglihatan kini sudah pulih sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, jumlah titik panas di Sumatera, Indonesia semalam sudah tiada dan hanya di Kalimantan sahaja masih terdapat dua titik panas dikesan.

“Bagaimanapun keadaan itu tidak memberi kesan kepada keadaan jerebu di Semanjung dan hanya akan menjejaskan sedikit keadaan di Sarawak kerana kedudukannya yang lebih dekat dengan Kalimantan,” katanya.

Sementara itu, berdasarkan keadaan terkini IPU di laman sesawang JAS setakat jam 6 petang semalam menunjukkan tiga kawasan iaitu di Tawau, Sabah mencatatkan IPU sihat pada bacaan 46, Limbang, Sarawak (47) dan Kota Tinggi, Johor (50).

Kawasan-kawasan di negeri lain pula menunjukkan bacaan IPU sederhana bawah 90.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");