Perak Hari Ini

KPJ Lancar Inisiatif Sifar Penggunaan Plastik

IPOH- Hospital Pakar KPJ hari ini dengan jayanya telah melancarkan inisiatif sifar penggunaan plastik di hospital-hospital di kawasan utara yang merupakan kesinambungan dari pelancaran kempen Sifar Penggunaan Plastik pada Januari yang lalu.

Presiden & Pengarah Urusannya, Datuk Amiruddin Abdul Satar berkata objektif pelancaran inisiatif tersebut adalah untuk menyebarkan kesedaran tentang isu-isu persekitaran malahan untuk menggalakkan kakitangan KPJ menjadi ejen aktif dalam memastikan kempen berkenaan adalah mesra alam.

“Dalam pada itu, pihak KPJ juga mahu mendapatkan sokongan padu dari komuniti sekeliling bagi memastikan kempen tersebut berjaya,” katanya semasa meyampaikan ucapan seterusnya merasmikan kempen `Zero Single-use Plastic’ di Hospital Pakar KPJ, di sini, hari ini.

Selain itu, Datuk Amiruddin menegaskan keperluan semua hospital KPJ untuk menjadi kreatif dan inovatif dalam menjaga kesihatan dan keselamatan alam sekitar, untuk faedah jangka panjang.

Katanya, perkara tersebut termasuk menukar dari plastik ke beg kertas di farmasi, yang akan berkuatkuasa mulai Ogos 2019 dan katakan TIDAK kepada straw plastik di Ibu Pejabat serta Cafeteria Hospital yang akn berkuatkuasa pada 2019.

“Walaupun KPJ tidak asing dengan program penjagaan alam sekitar yang dijalankan sejak beberapa tahun ini, kami terus meneroka pelbagai saluran untuk mengurangkan penggunaan produk berasaskan plastik ke dalam produk berasaskan kertas yang boleh dikitar semula,” katanya.

Dalam pada itu, bahagian dan persekitaran KPJ yang difokuskan pada tahun ini termasuk pengedaran ubat-ubatan menggunakan beg kertas di farmasi dimana dapat mengurangkan penggunaan bahan plastik tunggal dalam perkhidmatan makanan, serta menggantikan air mineral botol dengan dispenser serta cawan kertas di hospital.

Sebanyak enam buah KPJ kawasan utara yang terlibat pada hari ini adalah Kedah Medical Centre (KMC), KJP Taiping, KPJ Manjung, KPJ Perlis, KPJ Penang dan KPJ Ipoh dan akan bergerak ke kawasan selatan yang akan berpusat di Johor kemudian di Sabah dan Sarawak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");