Berita Hari Ini

Perikanan Rampas 90 Bubu Naga Di Sitiawan

LUMUT- Jabatan Perikanan Perak merampas 90 bubu naga dan peralatan bernilai RM7,200 di dalam tiga sampan yang diikat di jeti nelayan Pantai Remis, di sini, semalam.

Ketua Pangkalan Utama Cawangan Perlindungan Sumber (CPS) Kampung Acheh, Mansor Yobe berkata operasi dijalankan berikutan aduan bahawa di kawasan berkenaan masih terdapat aktiviti menggunakan peralatan bubu naga untuk menangkap

Katanya, dalam operasi pada pukul 9.30 pagi itu, pihaknya menemui 90 bubu naga dan peralatan di dalam tiga sampan tidak bernombor yang diikat di jeti, namun pemilik sampan tiada di lokasi.

“Bubu naga ini dirampas mengikut Seksyen 49 Akta Perikanan 1985 manakala peralatan pula mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mansor berkata kesemua barang rampasan berkenaan dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh, Sitiawan untuk tindakan lanjut.

Penggunaan bubu naga dilarang berkuat kuasa 1 Nov lepas dan ia boleh menyebabkan spesies anak ikan mengalami kepupusan kerana peralatan ini memerangkap anak ikan di kawasan persisiran pantai lapor Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");