Berita Hari Ini

Bukan Tanggungjawab IPT Sediakan Pekerjaan

KUALA LUMPUR- Tanggungjawab institusi pengajian tinggi (IPT) adalah menyediakan siswazah dengan bekalan ilmu dan kemahiran sebagai persediaan meneruskan kehidupan.

Kerajaan pula bertanggungjawab menyediakan peluang pekerjaan kepada seluruh rakyat termasuk siswazah pelbagai bidang.

Dekan Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk Ir. Dr. Mohammed Rafiq Abdul Kadir berkata, kebanyakan siswazah kejuruteraan dari universiti tersebut berjaya memperoleh pekerjaan dalam bidang pengajian masing-masing.

“Berdasarkan data yang kami peroleh dan serahkan kepada Kementerian Pendidikan, 95 peratus siswazah kejuruteraan UTM berjaya mendapat kerja dalam bidang pengajian.

“Bahkan ada beberapa siswazah yang belum tamat pengajian telah menerima tawaran pekerjaan daripada pelbagai industri,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Jelas Mohammed Rafiq, tidak dinafikan terdapat seorang dua siswazah gagal mendapat pekerjaan namun ia bukanlah sebab utama untuk universiti mengubah suai program pengajian.

Kata beliau, hal itu berikutan setiap program pengajian perlu mendapat kelulusan daripada kementerian terlebih dahulu untuk dikaji sama ada mempunyai permintaan pasaran.

Tambahnya, universiti tidak membiarkan siswazah yang tidak bernasib baik begitu sahaja, sebaliknya pelbagai kaedah digunakan bagi membantu mereka memperoleh pekerjaan.

“UTM ada menyediakan Unit Kerjaya dengan senarai syarikat untuk alumni-alumni universiti mencari pekerjaan,” katanya.

Laporan Khas Mingguan Malaysia semalam melaporkan nasib beberapa siswazah yang gagal mendapat pekerjaan bersesuaian dengan kelayakan pengajian.

Keadaan itu menyebabkan segelintir mereka sanggup mengisi kekosongan pekerjaan yang langsung tidak setaraf dengan kelayakan seperti memnadu e-hailing dan menjaja air minuman lapor Utusan Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");