Perak Hari Ini

MALA: MBI Muncul Juara Acara Hoki

IPOH: Pasukan Hoki Majlis Bandaraya Ipoh berjaya meraih gelaran juara acara hoki tujuh sebelah dalam Kejohanan Hoki, Karnival Sukan Kerajaan Tempatan (MALA) yang berlangsung di Stadium Hoki Bukit Serindit, Melaka baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan, MBI berjaya mengesahkan kedudukan juara apabila menumpaskan lawan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan keputusan 1-0.

“Jaringan tunggal pasukan MBI telah disempurnakan oleh Muhammad Aliffikhemal Zamri pada minit ke-10 perlawanan.

“Sebanyak 10 pasukan menyertai pertandingan ini dan gelaran juara memberi suntikan kepada kontinjen MBI.

“Kemenangan ini menyaksikan pasukan MBI membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000,” katanya, di sini.

Pada penganjuran kali ini, seramai 117 pemain dan pengurus pasukan MBI telah terlibat.

Selain hoki, MALA yang berlangsung selama lima hari sejak Khamis lalu itu mempertandingkan lima acara iaitu bola sepak, dart, boling, bola jaring dan badminton.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");