Membawang Hari Ini
Like

Luka Di Badan, Lufya Dakwa Dipukul Suami?

September 13, 2019
185 Views
0 Comments
2 minutes read
Luka Di Badan, Lufya Dakwa Dipukul Suami?

Tiada angin tiada ribut, perkongsian Lufya Omar di Instagram mencetuskan tanda tanya netizen apabila pelakon itu mendakwa suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami selepas tiga bulan berkahwin.

Malah, Lufya mendakwa dia telah dianiaya suaminya yang disifatkan ‘tidak terjangkau dek fikiran’ terhadap dirinya. Dakwa Lufya lagi, dia sudah lama bersabar dan berdiam sehingga akhirnya memakan diri.

“Follow.. Unfollow.. Blocked? Follow.. Unfollow.. Blocked? Ni cara nak selesaikan masalah ke? Lari dari tanggungjawab sehingga masuk tiga bulan setengah berturut-turut.

“Dah cukup lama aku dianiaya! Fitnah isteri kat keluarga macam-macam just to cover your BIG MISTAKES. Enough is enough. Aku bercita-cita nak jadi isteri solehah sebab tu aku diam sampai makan diri,” tulisnya.

Lufya mendakwa dia turut mengalami kemurungan selain luka di badan akibat perlakuan suaminya. Ujarnya lagi, dia tiada niat untuk membuka aib suaminya namun tahap kesabarannya ada batasnya.

“Aku pernah sakit aku kemurungan tak sangka impian dan cita-cita nak jadi isteri solehah sesukar ini cubaannya. Jangan cakap isteri tak tutup aib suami kalau suami tu yang buka aib di dada! Dah cukup lama aku bersabar.

“Kesabaran aku diduga terlalu lama. Sejak tiga bulan kita berkahwin you dah buat penganiayaan yang tak terjangkau fikiran.

“Kesalahan itu kau ulang sehingga enam kali, aku diam.. Aku diam.. Aku diam sampai tak mampu aku pikul sendiri lagi. Luka kat badan tak sesakit luka kat dalam hati ni. Thank you so much,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Lufya turut memuat naik foto memaparkan akaun Intagram miliknya telah disekat oleh suaminya.

Lufya dan Hafiz bernikah pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura kini berusia dua tahun.

Komen & Pendapat

Comments are closed.