Berita Hari Ini

Usah Bangkit Lagi Isu Perkauman – Muhyiddin

MUAR: Rakyat Malaysia tidak harus membangkitkan soal perkauman, agama, budaya dan bahasa kerana ia boleh merosakkan negara pada masa akan datang.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata semua pihak perlu menerima hakikat bahawa Malaysia adalah negara yang pelbagai dan semua warganya adalah rakyat yang dicintai.

“Sebab itulah saya nak sebutkan di sini, tidak harus berbangkit lagi isu-isu (perkauman) ini. Sepatutnya dah tak ada lagi kerana ini adalah negara kita. Kita lahir di Malaysia, kita akan mati di Malaysia dan mana lagi kita mahu pergi kalau bukan di Malaysia ini.

“Oleh sebab itu, jangan kita bangkitkan lagi soal ini, soal perkauman…tak payah. Kita sudah 62 tahun merdeka,” katanya ketika berucap pada Himpunan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Parlimen Pagoh di Dataran Bukit Pasir, Pagoh di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Pegawai Daerah Muar, Mohd Haffiz Ahmad.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, apabila wujud rasa saling menghormati sudah tentu tidak akan timbul rasa dengki, marah, susah hati, pergaduhan dan sebagainya.

Beliau berkata, segala apa yang sudah dibina sejak 62 tahun lalu jangan sesekali dibiarkan diruntuh atau dihancurkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya mahu beri amaran. Pihak polis juga sudah keluarkan amaran untuk ambil tindakan tegas kepada pihak yang mengganggu gugat perpaduan rakyat. Saya beritahu Ketua Polis Negara (KPN), jangan sekadar memberi amaran, mahu tangkap…,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");