Panasnya Hari Ini

Polis Ambil Keterangan Ramasamy, Satees

GEORGETOWN: Polis selesai mengambil keterangan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, M Satees, di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), hari ini, berhubung laporan polis dibuat penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik.

Menurut BH Online, dua anggota polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman tiba di pejabat Ramasamy di Tingkat 52 KOMTAR kira-kira jam 8 pagi dan dilihat meninggalkan pejabat itu pada jam 1.15 tengah hari.

Ramasamy yang diwakili peguam Datuk N Muraly selesai dirakam keterangan selama hampir lima jam, manakala Satees mengambil masa lebih tiga jam.

Difahamkan, kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.

Siasatan terhadap Ramasamy merujuk kepada artikelnya yang bertajuk ‘Naik Should Not Question Loyalty of Hindus in Malaysia’ yang disiarkan di portal Free Malaysia Today (FMT) dan wawancaranya bersama majalah India Today.

Satees pula disiasat susulan penyiaran penulisannya bertajuk ‘Lawmaker Fumes After Zakir Suggests Hindus Here Support Modi Over Dr M’ yang disiarkan portal Malaysiakini.

Ahad lalu, polis mengesahkan akan memanggil lima individu termasuk Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran untuk dirakam percakapan susulan laporan polis oleh Zakir yang mendakwa mereka memfitnahnya.

Tindakan itu susulan laporan polis dibuat Zakir pada 16 Ogos lalu terhadap Kulasegaran dan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, Satees, Ramasamy dan bekas duta Malaysia, Datuk Dennis Ignatius kerana didakwa memfitnahnya.

Beliau berkata, fitnah berkenaan berdasarkan kenyataan dalam ceramahnya di Kota Bharu, 3 Ogos lalu.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Komuniti Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Zakir mendakwa, laporan itu dibuat bagi meminta polis menyiasat semua individu berkenaan mengikut Akta Hasutan 1948 atau mana-mana akta berkaitan fitnah yang dibuat terhadapnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");