Membawang Hari Ini

“Saya Tak Perlukan Baby Shima Untuk Trending”

Pergaduhan di media sosial yang membabitkan usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Aliff Shukri dengan penyanyi Baby Shima, yang dikatakan gimik semata-mata adalah tidak benar.

Menurut, pengasas produk D’Herbs itu, dia tidak mahu untuk mengulas lebih lanjut akan perkara ini, kerana tidak mahu memberikan publisiti percuma kepada penyanyi itu.

“Saya tak perlukan Baby Shima untuk trending. Saya juga tidak mahu lagi bercakap tentang dia, kerana ia akan memberikan publisiti percuma untuk dia,” katanya yang ditemui di majlis sidang media d’herbs.

Kontroversi bermula apabila Baby Shima memgkritik nyanyian Aliff menerusi ruangan komen di Instagram milik usahawan tersebut. Menurut bekas peserta program Big Stage musim pertama itu, Aliff tidak mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.

Lantaran komen itu, Aliff turut membidas kenyataan Baby Shima dengan mempertikaikan kredibiliti nyanyian dan kualiti suara Baby Shima. (rtky/h)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");