Berita Hari Ini

APMM Rampas 70 Bubu Naga Di Pantai Remis

LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas 70 unit bubu naga di perairan Pulau Talang, Pantai Remis di sini, semalam.

Dalam rampasan jam 4.30 petang itu, alatan menangkap ikan yang dilarang penggunaannya itu dirampas sepasukan anggota Bot Penggalang 13 ketika melakukan rondaan di kawasan berhampiran.

Pemangku Pengarah Maritim Perak, Komander Maritim Shahrizan Raman, berkata bubu berkenaan dirampas daripada sebuah bot tanpa nombor pendaftaran.

“Anggota APMM mengesan bot berkenaan bersama dua awak-awak sedang memasang bubu naga namun dua individu berkenaan melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Mereka bertindak melarikan diri ke kawasan perairan yang cetek dan meninggalkan bubu naga berkenaan,” katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.

Shahrizan berkata, rampasan berkenaan adalah yang ke-16 dilakukan APMM Perak sepanjang tahun ini dan ia juga rampasan yang terbanyak setakat ini.

“Semua bubu naga berkenaan dirampas kerana penggunaannya menyalahi peraturan mengikut Akta Perikanan 1985.

“Penggunaan bubu naga boleh menjejaskan sumber perikanan kerana sifatnya yang tidak selektif, selain turut memerangkap anak ikan komersial sekali gus menjejaskan hasil pendapatan nelayan pantai,” katanya.

Shahrizan berkata, justeru, tindakan tegas akan diambil bagi memelihara kehidupan marin supaya tidak terjejas.

Katanya, orang awam juga dimohon menyalurkan maklumat kepada talian 999 atau Pusat Operasi Maritim Perak, 05-683 8737 bagi menghalang kegiatan yang tidak bermoral ini.

Larangan pengunaan bubu naga dilarang sejak 1 November tahun lalu kerana ia boleh menyebabkan kepupusan anak ikan di kawasan persisiran pantai memetik laporan BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");