Berita Hari Ini

Bapa Maut, Anak Cedera Kereta Masuk Parit

SIBU: Seorang lelaki maut manakala anaknya cedera selepas kereta dinaiki terhumban ke dalam parit di Jalan Ling Kai Cheng, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 10.30 malam itu, Asri Rizal Rahim, 41, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai lemas di dalam parit berkenaan dan anaknya, Mohd Mirza Asri Rizal, 9, cedera di kepala.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah, Pegawai Bomba Kanan II Shairulnizam Wailie, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada jam 10.44 malam.

“Seramai tujuh anggota dikejarkan ke lokasi dan sebaik tiba, kami dapati sebuah kereta Honda Civic terbalik di dalam parit.

“Seorang mangsa masih terperangkap dan seorang lagi sudah diselamatkan orang awam,” katanya sebagaimana dilaporkan BH Online.

Shairulnizam berkata, kereta terbabit kemudian ditarik keluar daripada parit sebelum mengeluarkan mangsa terperangkap.

“Namun, mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh pihak perubatan dan mayatnya diserahkan kepada polis.

“Mangsa yang cedera pula dihantar ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");