Sukan Hari Ini

Hafizh Sertai Pasukan Angel Nieto Moto2

KUALA LUMPUR – Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah sah menyertai pasukan Angel Nieto dalam saingan Moto2 selepas tempatnya bersama Red Bull KTM Tech3 musim depan gagal diteruskan.

Menurut laporan Kosmo Online, Hafizh akan bersama rakan sepasukan dari Sepanyol, Aron Canet menjelang Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2020 nanti.

“Saya rasa menyertai pasukan Angel Nieto kami boleh melakukan yang terbaik musim hadapan. Kelas Moto2 bukanlah sesuatu yang baru untuk saya, tetapi kali ini saya akan menggunakan casis dan juga enjin yang berbeza.

“Saya akan memberi yang terbaik untuk berada dalam kelompok lima pelumba terpantas.

“Saya percaya dengan pasukan ini kerana sebelum ini kami pernah menjalani kerjasama dan saya percaya dengan gabungan ini kami mampu melakukan yang terbaik” kata Hafizh dalam satu sidang akhbar, di sini, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");