Panasnya Hari Ini

Kenyataan Tun M Sekadar Permainan Psikologi – MCA

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa mula bermain dengan psikologi apabila yakin calon Pakatan Harapan (PH) akan kekal di Parlimen Tanjung Piai jika Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan calon UMNO di kerusi berkenaan.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon, berkata kenyataan Dr Mahathir yang juga Pengerusi PH itu bertujuan untuk memecah-belahkan perpaduan dalam kalangan parti komponen BN menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK), 16 November ini.

Sehubungan itu, katanya, BN akan melakukan kempen terbaik bagi memenangi kembali kerusi Tanjung Piai yang terlepas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Itu satu permainan psikologi untuk memecahkan BN,” katanya sebagaimana dilaporkan BH Online, hari ini.

Sehingga kini, BN belum mengumumkan calon mereka. Dijangkakan calon akan diumumkan sebaik Dewan Tertinggi BN bermesyuarat.

Bagaimanapun, Sin Woon mengesahkan MCA belum menerima notis berhubung tarikh mesyuarat Dewan Tertinggi BN akan datang.

Semalam, Dr Mahathir menyuarakan keyakinan calon PH boleh memenangi PRK Parlimen Tanjung Piai jika BN meletakkan calon UMNO.

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan susulan kematian penyandangnya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Dr Md Farid Md Rafik, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Allahyarham menang pada PRU-14 dengan majoriti 524 undi selepas menewaskan penyandang, Datuk Seri Wee Jeck Seng daripada MCA dan Nordin Othman daripada PAS.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");