Perak Hari Ini

KPM Cadang Murid Sekolah Pelajari Seni Mempertahankan Diri

IPOH- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mencadangkan supaya ibu bapa membenarkan anak-anak untuk mempelajari seni mempertahankan diri melalui kokurikulum di sekolah.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, jika murid-murid sekolah berminat dan ibubapa bersetuju maka murid-murid boleh menyertai aktiviti kokurikulum berkenaan sama ada taekwando, karate atau lain-lain.

Beliau mengulas demikian mengenai tindakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang mencucuk mata seorang pemandu ‘kereta sapu’ menggunakan batang aiskrim untuk menyelamatkan dirinya daripada dirogol di Kudat, Sabah.

Katanya, pihak KPM juga telah memasukkan Pendidikan Seksualiti dalam kurikulum yang sedia ada dan menjadikannya sebahagian daripada pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan disekolah.

“Di dalam kurikulum, kita turut mengajar murid-murid tentang seksualiti di mana ianya bermula dari peringkat pra-sekolah hingga sekolah menengah.

“Di peringkat pra-sekolah, kita akan mengajar murid-murid mengenai sentuhan yang patut atau tidak patut, tetapi kelak perkara ini akan menjadi semakin rumit jika mereka mula berada di sekolah rendah dan menengah,” katanya.


Beliu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian peruntukan di SJK(C) Bercham, di sini, hari ini.

Jelas beliau, aspek perlindungan diri melalui aktiviti kokurikulum adalah terpulang kepada sekolah, murid-murid dan ibu bapa untuk membuat pilihan tetapi hal tersebut merupakan salah satu cadangan oleh KPM.

Tambah beliau, pihak KPM telah memasukkan ‘Cyber Sex’ dan ‘Human Sexsuality’ dalam silibus sekolah menengah.

“Perkara ini merupakan cara untuk mendidik anak-anak kita untuk melindungi diri sendiri malahan mereka juga tahu tentang jenis sentuhan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");