Berita Hari Ini

Polis Tahan Lelaki Cuba Curi Kerbau

Tindakan pantas seorang penternak menggagalkan cubaan seorang lelaki untuk mencuri seekor kerbau miliknya di simpang tiga, Kampung Bukit Sapi, Lenggong dekat Gerik semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Ismail Che Isa berkata dalam kejadian 3.45 pagi itu, pemilik kerbau yang berusia 56 tahun bersama tiga rakannya sedang berada di kawasan Timbang Sawit Bukit Sapi apabila mereka ternampak sebuah kenderaan jenis Proton Wira berhenti berhampiran sekumpulan kerbau miliknya di kawasan Kampung Bukit Sapi.

Beliau berkata mereka berempat memerhatikan gerak-geri suspek di kawasan berhampiran kumpulan kerbau dan mendapati seekor kerbau telah tumbang disyaki ditembak dengan ubat pelali.

“Suspek melarikan diri dengan menaiki kenderaan itu dan pengadu bersama kawannya mengekori suspek menghala ke arah Selat Pagar dan berhenti di kawasan berhampiran Hentian Rehat Selat Pagar.

“Pengadu telah menghubungi polis untuk tindakan lanjut dan suspek berumur 34 tahun ditahan di hentian rehat itu pada pukul 5 pagi setelah tayar keretanya pancit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail berkata polis percaya suspek menggunakan senjata untuk menembak kerbau berkenaan namun senjata itu telah dibuang selepas kejadian itu.

Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");