Nampaknya isu mengenai rumah tangga bekas Ratu Cantik Rusia, Rihana Oksana dengan Sultan Muhammad V masih tiada berkesudahan lagi. Terdahulu, akhbar Daily Mail melaporkan Rihana terpaksa menjual cincin kahwinnya bernilai £ 203,000 (RM1juta).

Laporan itu turut mendakwa Rihana sangat terdesak dan memerlukan wang selepas ditinggalkan ketika sedang hamil 4 bulan. Bagaimanapun, menerusi Instagram, Rihana menafikan menjual cincin perkahwinannya seperti yang didakwa.

Perkara itu diberitahu oleh Rihana yang menjawab pertanyaan netizen yang mempersoalkan kehidupan mewah Rihana yang masih mampu hidup mewah dan bercuti.

Menurut Rihana lagi, dakwaan tersebut hanya fitnah semata-mata dan dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu kepada mana-mana pihak media.

Terdahulu, Rihana mendakwa dia dan anaknya sudah tidak bertemu dengan Sultan Muhammad V sejak Disember tahun lalu. Rihana turut mendakwa baginda seolah cuba bersembunyi daripadanya.

Malah, akhbar The Sun UK melaporkan Rihana didakwa menuntut sebuah rumah agam bernilai £8 juta (RM41.2 juta) berserta nafkah anaknya sebanyak £24,000 (RM123,694) sebulan.