Panasnya Hari Ini

Saya Hormat Pandangan Syed Husin – Mat Sabu

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menghormati pandangan bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed Husin Ali yang mendakwa kebanyakan pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH) ‘dibonzaikan’ Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

Terdahulu Dr Syed Husin berkata, tindakan Dr Mahathir itu merujuk kepada dakwaan tiada pemimpin PH yang berani berdepan Dr Mahathir sehingga Pengerusi PH itu masih enggan menetapkan tarikh mengundur diri dari jawatan Perdana Menteri.

Mohamad berkata, sebagai seorang pemimpin veteran politik negara pihaknya menghormati sebarang pandangan beliau.

“Itu pandangan Syed Husin jadi saya hormat pandangan beliau. Saya hormat pandangan orang veteran seperti itu.

“Saya tidak ada komen apa itu pandangan peribadi, ” katanya kepada media ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini, sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.

Terdahulu bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali mengecam PH dan para pemimpinnya yang menurutnya kini tidak lagi mampu berdepan dengan Dr Mahathir.

Dalam satu kenyataan tegas sebelum ini beliau yang juga antara pengasas PKR berkata, Majlis Presiden kuasa tertinggi dalam PH dan bukannya Dr Mahathir.

“Sebenarnya Dr Mahathir boleh diminta bersara sekarang oleh Majlis Presiden PH kerana majlis ini ialah kuasa tertinggi untuk menentukan bilakah Dr Mahathir perlu turun. Dr Mahathir tidak ada kuasa untuk menentukan bilakah beliau mahu menyerahkan kuasa, ” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad menegaskan beliau tidak pasti sama ada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada mengeluarkan perkataan barua, bukan maruah kepada Dr Mahathir sewaktu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya Ahad lalu.

“Saya tidak pasti perkataan itu, kena tanya pada Anwar. Rakaman daripada jauh, jadi kita tidak tahu apa yang disebut sebenarnya.

“Dia jauh daripada saya, masa itu kita sedang keluar daripada mesyuarat. Kena semak dengan Anwar sendiri,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");