Sukan Hari Ini

Tok Gajah Tenang Layan Lang Merah

KUANTAN: Skuad Pahang yang berdepan krisis kecederaan pemain tidak terlalu memikirkan impaknya apabila berdepan Kedah pada separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, malam esok.

Pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, ini kerana fokus utama skuad itu ialah untuk mencatat keputusan positif sebagai bekalan pada separuh akhir kedua di Kuantan, 26 Oktober ini.

“Memang skuad ini berdepan masalah kecederaan membabitkan pemain utama tetapi saya percaya barisan pemain yang bakal mengisi kekosongan itu mampu memikul tanggungjawab yang diberikan.

“Saya harap segalanya mengikut perancangan dan mampu untuk memberi saingan kerana Kedah diakui pasukan yang konsisten dalam saingan Liga Malaysia,” katanya.

Enam pemain berdepan kecederaan adalah Lazarus Kaimbi, Norshahrul Idlan Talaha, Muslim Ahmad, Nor Azam Azih, Zuhair Aizat Mohd Nazri dan Faisal Halim.

Difahamkan, hanya Kaimbi, Norshahrul dan Nor Azam yang dijangka disenaraikan tetapi bergantung kepada tahap kecergasan memetik Harian Metro.

Dalam perkembangan lain, Dollah memuji komitmen tinggi yang dipersembahkan penyerang import, Dickson Nwakaeme yang dilihat begitu bersemangat untuk membantu skuad itu beroleh kemenangan ke atas Helang Merah.

Beliau tidak bersama skuad itu menjalani latihan selama dua minggu kerana mengikuti kursus kejurulatihan di Jepun, pemain Nigeria itu dilihat berada pada prestasi terbaik.

“Sudah pasti kami amat mengharapkan sumbangan Nwakaeme untuk merobek gawang tuan rumah manakala pemain lain berada pada prestasi terbaik.

“Dengan persefahaman dan kerjasama semua pemain, misi utama untuk melakar kemenangan ke atas Kedah tercapai,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");